1. Dengan Bersedekah
Ramai
yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang
melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini
bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki
dan kekayaan kita.
Bersedekahlah
tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.
Pernahkah
kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang
untuk membeli makanan? Bagaimana respons kita terhadapnya? Berapa jumlah wang
yang kita berikan?
Bersedekah
bukanlah memberikan sekecil-kecil wang yang kita miliki, Memberi RM0.10
contohnya untuk diberikan kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata
“Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan wang kepada dia.“
Usah
bersedekah dengan cara ini kerana ia salah. Kerana niat kita bukanalah untuk
bersedekah, sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang tersebut.Bersedekah
dengan semampu yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu.
Tidak
mungkin kita hanya mampu menghulurkan hanya 10sen sahaja, kan? =)
Lakukanlah
sedekah dengan ikhlas. ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula
ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta
sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika
memberikan wang itu.
Ketika
menghulurkan sedekah, janganlah disusuli dengan sesuatu perkataan yang
menyakitkan hati si penerima sedekah tersebut. Contohnya dengan mengatakan.
“Gunakan duit ini untuk perkara baik-baik, jangan pula pergi membazir.”
Walaupun
niat kita baik, tetapi dalam masa yang sama kita telah menyakiti hati si
penerima tersebut. Maka membuatkan sedekah kita tadi bukan lagi berupa
sedekah.. rugi bukan?
Jangan mengharapkan balasan
Kita
sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga
sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal.
Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia
disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan.
Allah menyatakan dalam firmanNya;
“Orang
yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan
terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan
pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]
Memberikan
sesuatu yang berguna
Pernah
terlihat amalan masyarakat kita yang memberikan barangan pakaian-pakaian buruk
dan lama atau buku-buku yang ingin dibuang? Seeloknya, bersedekahlah dengan
wang atau barangan yang masih baik dalam keadaan elok. Bukannya dari barangan
yang ingin dibuang. Kita hendak bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada
mereka yang tidak bernasib baik.
Saya
pernah terbaca catatan dari Rumah Pengasih (Saiful Nang) yang
menceritakan rumah kebajikan seliaannya pernah menerima sumbangan seluar dalam
yang koyak rabak dan dalam keadaan menjijikkan. Bagaimana kita boleh
mengharapkan rahmat Allah kepada kita sedangkan kita membuat perbuatan seperti
itu?
Buatlah
si penerima berasa gembira. Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih,
sekurang-kurangnya buatlah hati mereka merasa gembira. Insyaallah, jauh disudut
hati mereka akan mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan
akhirat.
2. Dengan Berdoa
Selepas
berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang
diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa dan meminta
adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat
didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat
sahaja.
Sebelum
memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang
kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita
mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.
“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai
Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang
Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau
halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau
kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”
3. Solat Sunat Dhuha
Solat
ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang
mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib.
Solat
Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT.
Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha
sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon
akan segera menjengah kita.
Dari
pengalaman saya sendiri, jika diikutkan duit elaun saya (saya masih seorang
pelajar) sememangnya tidak cukup untuk menampung kos hidup dan pelajaran saya.
Apatah lagi untuk membuat simpanan wang.
Namun,
setakat ini Allah masih mencukupkan rezeki saya tanpa perlu meminta dari
ibubapa saya atau orang lain. Insyaallah, setiap bulan pasti ada orang yang
menyewaruang iklan diblog
ini, membeli pakej
pelancongan dan mengambil pakej fotografi daripada saya.
Walaupun tidak menjadikan saya kaya, tetapi sekurang-kurangnya boleh menyara
kehidupan saya sendiri tanpa menyusahkan sesiapa. Amalannya adalah Solat Sunat
Dhuha. =)
(Artikel dari Al-Tahzan)
(Artikel dari Al-Tahzan)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar